Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Goodbye 2009; Welcome 2010

Salam Reformasi, Dah 3 jam 2009 beransur meninggalkan kita..sekarang dah masuk 2010..umo pon dah makin lanjut nih..tapi tahun 2010 nih, tahun yang gua dah lama tunggu..pasal tahun nih birthday gua cantik..10.10.10. favourite num gua nih..kalau main kat 6D confirm lu orang rugi besar..

2009 bukanlah tahun yang memberangsangkan pada diri gua nih..gua rasa banyak benda-benda yang kurang elok berlaku keatas diri gua..tapi nak wat camne,masa dah berlalu, lantak pi la..gua malas nak fikir.,cam kata Hafsyam dalam iklan Petronas dulu; "Jalan Mesti Pandang Ke Depan, Jangan Ke Belakang"..So gua terima and apply dalam diri gua..

2010 nih gua langsung takde azam baru..gua lum nampak lagi cahaya-cahaya yang akan menyinar lorong-lorong gelap hidup nih..cuma apa yang gua teramat pasti adalah tahun 2010 nih gua akan mula menyibukkan diri gua memperkukuhkan organisasi AMK Muar dan menjalankan setiap satu aktiviti-aktiviti untuk AMK Muar yang telah gua rancangkan..Harap - harap segala perancangan gua untuk AMK Muar menjadi kenyataan dan berjalan lancar.

Juga 2010 nih akan menyaksikan Malaysia bakal berdepan dengan satu lagi krisis politik sama seperti tahun 98-99 dulu apabila DS Anwar Ibrahim sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah..gua berjanji pada diri gua, sekiranya di izinkan Allah S.W.T. kalau mereka-mereka sang penguasa zalim dan tamak nih ingin merekacipta skrip ulangan tahun 98-99;gua akan cuba gerakkan setiap anak muda kat Muar nih untuk bangun menentang agenda bongok dan membodohkan nih..inilah semangat gua..

Gua ingin melihat setiap anak muda Muar nih mampu mengecap erti kemerdekaan,kebebasan dan yang paling penting diberikan ruang untuk menyuarakan isi hati kami terhadap perkembangan - perkembangan mutakhir yang berlaku di negara ini dan di Muar khasnya. Gua ingin sekali berusaha untuk membantu anak-anak muda termasuk pelajar sekolah dalam daerah Muar nih menyelami kekuatan diri,mengiktiraf kelemahan sendiri dan berusaha untuk mempertingkatkan diri dalam segenap aspek kehidupan. Jadi, pelbagai program telah gua rangka dan cuba untuk gua zahirkan agar impaknya nanti mampu menjadikan anak muda Muda sebagai antara golongan muda yang vokal dan mempunyai sifat dan sikap kesetiakawanan yang utuh dan berperikemanusiaan. Bukan hanya setakat anak muda yang gemarkan hiburan tanpa sempadan, bergelumang dengan dadah, gam dan seks bebas..tapi diisi jiwa dan minda mereka dengan kesedaran, pegangan agama dan retak kehidupan yang setanding dengan masyarakat lain di dunia nih..

Mungkin inilah dia azam gua tahun nih..belum timbul lagi azam nak kahwin..cuma ingin perbetulkan diri dulu,menginsafi kekhilafan lampau. Bukan juga gua nak tunjuk bagus atau nak jadi "skema" tapi gua rasa melalui cara sebegini gua akan dapat memberikan impak yang berguna untuk diri gua sendiri..Semoga ALLAH merestui impian gua nih dan gua amat berharap lebih ramai lagi anak muda Muar yang berfikiran sama seperti gua tampil menghulurkan bantuan..

Yang buruk hanyalah dari gua..

www.thecovenantadvisor.wordpress.com

www.malam-gelap.blogspot.com

Read Users' Comments (0)