Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Goodbye 2009; Welcome 2010

Salam Reformasi, Dah 3 jam 2009 beransur meninggalkan kita..sekarang dah masuk 2010..umo pon dah makin lanjut nih..tapi tahun 2010 nih, tahun yang gua dah lama tunggu..pasal tahun nih birthday gua cantik..10.10.10. favourite num gua nih..kalau main kat 6D confirm lu orang rugi besar..

2009 bukanlah tahun yang memberangsangkan pada diri gua nih..gua rasa banyak benda-benda yang kurang elok berlaku keatas diri gua..tapi nak wat camne,masa dah berlalu, lantak pi la..gua malas nak fikir.,cam kata Hafsyam dalam iklan Petronas dulu; "Jalan Mesti Pandang Ke Depan, Jangan Ke Belakang"..So gua terima and apply dalam diri gua..

2010 nih gua langsung takde azam baru..gua lum nampak lagi cahaya-cahaya yang akan menyinar lorong-lorong gelap hidup nih..cuma apa yang gua teramat pasti adalah tahun 2010 nih gua akan mula menyibukkan diri gua memperkukuhkan organisasi AMK Muar dan menjalankan setiap satu aktiviti-aktiviti untuk AMK Muar yang telah gua rancangkan..Harap - harap segala perancangan gua untuk AMK Muar menjadi kenyataan dan berjalan lancar.

Juga 2010 nih akan menyaksikan Malaysia bakal berdepan dengan satu lagi krisis politik sama seperti tahun 98-99 dulu apabila DS Anwar Ibrahim sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah..gua berjanji pada diri gua, sekiranya di izinkan Allah S.W.T. kalau mereka-mereka sang penguasa zalim dan tamak nih ingin merekacipta skrip ulangan tahun 98-99;gua akan cuba gerakkan setiap anak muda kat Muar nih untuk bangun menentang agenda bongok dan membodohkan nih..inilah semangat gua..

Gua ingin melihat setiap anak muda Muar nih mampu mengecap erti kemerdekaan,kebebasan dan yang paling penting diberikan ruang untuk menyuarakan isi hati kami terhadap perkembangan - perkembangan mutakhir yang berlaku di negara ini dan di Muar khasnya. Gua ingin sekali berusaha untuk membantu anak-anak muda termasuk pelajar sekolah dalam daerah Muar nih menyelami kekuatan diri,mengiktiraf kelemahan sendiri dan berusaha untuk mempertingkatkan diri dalam segenap aspek kehidupan. Jadi, pelbagai program telah gua rangka dan cuba untuk gua zahirkan agar impaknya nanti mampu menjadikan anak muda Muda sebagai antara golongan muda yang vokal dan mempunyai sifat dan sikap kesetiakawanan yang utuh dan berperikemanusiaan. Bukan hanya setakat anak muda yang gemarkan hiburan tanpa sempadan, bergelumang dengan dadah, gam dan seks bebas..tapi diisi jiwa dan minda mereka dengan kesedaran, pegangan agama dan retak kehidupan yang setanding dengan masyarakat lain di dunia nih..

Mungkin inilah dia azam gua tahun nih..belum timbul lagi azam nak kahwin..cuma ingin perbetulkan diri dulu,menginsafi kekhilafan lampau. Bukan juga gua nak tunjuk bagus atau nak jadi "skema" tapi gua rasa melalui cara sebegini gua akan dapat memberikan impak yang berguna untuk diri gua sendiri..Semoga ALLAH merestui impian gua nih dan gua amat berharap lebih ramai lagi anak muda Muar yang berfikiran sama seperti gua tampil menghulurkan bantuan..

Yang buruk hanyalah dari gua..

www.thecovenantadvisor.wordpress.com

www.malam-gelap.blogspot.com

Read Users' Comments (0)

Dear You

Dear You,,

When I read your text on the night before christmas,
It makes me wonder,
Who did it,
Or what makes you cry..

I try to think,
try to discover what had happened,
But I lost,
The world is gloomy..

Till now, I keep on trying to figure out..

But, One thing I'm very sure,
I'm not the one who makes you cry,
And that's make me fell blue,
As I'm not the one you cried for,
and because your heart was broken..

Dear You,,

I will always here,
Day and night,
To listen to everything you wish to tell,
To be a man who will be with you,
Though I know I'm not the right man,
Though I know I'm just annoying you...

Read Users' Comments (0)

Aryssa Nadia

Read Users' Comments (0)

Inilah Cerita Gua - Episode 1

-1982-1999-

Nama penuh gua AHMAD ANWAR ASYRAF BIN ISMAIL. Umo gua 26 tahun bila gua dilahirkan secara rasminya pada 10 Oktober 1982 kat umah nenek gua di 213, Lorong Bunga Ros, Jalan Daud, 84000 Muar. Gua sekarang nih tinggal kat umah no 69, Jalan Intan, Taman Maharani, 84000 Muar. Sekarang nih gua bekerja sebagai Technician Mesin Cetak.

Kehidupan gua dulu2 agak kelam gak. Gua terkena penyakit social sama cam youth2 sekarang nih tetapi takdela sampai gua merompak, membunuh atau pun buat jenayah2 yang berat2. Sikit2 tuh ada la. Nakal2. Gua nih jenis yang agak degil n tak boleh dengar orang bebel ataupun memekak kat telinga gua, mesti lawan balik punya.

Gua start zaman sekolah gua pada tahun 1994, kat SRK BUKIT HAMPAR, SEGAMAT. Kelas terakhir gua kat SBH nih Darjah 6 Bunga Raya. Dulu cikgu yang paling gua respek n ingat sampai sekarang Cikgu Yusmahani, Cikgu kelas gua darjah 5, Cikgu Rubaee, Cikgu kelas gua darjah 3 n cikgu Matematik gua time tu, beliau la yang sebat gua dengan pembaris kayu panjang kaler kuning pasal gua tak hafal sifir.1st time gua kena sebat tuh.

Teman2 di sekolah rendah dulu yang masih gua ingat, Saiful Azrin Bin Yahya, Nur Azrida n Shahrina(yang nih gua penah jumpe time gua kat Shah Alam, tapi lost contact balik).Juga teman2 yang dulu duduk kat Lembah Bujang, kalau gua tak silap, yang ajar gua mandi sungai Kapeh.haha…Sori, gua tak ingat nama korang. Jugak, teman2 n ustaz serta ustazah di Sekolah Agama, Jalan Kolam Ayer, Segamat. Jasamu tetap gua kenang.

Tahun 1995-1997, gua memulakan alam sekolah menengah bila gua mendaftarkan diri kat SMK Dato’ Bentara Dalam, Segamat. Kelas terakhir gua kat sini Tingkatan 3 KH 3. Zaman nih best sikit pasal zaman baru nak jadi remaja. Banyak kenangan bodoh2 dengan teman2. Cikgu favourite gua kat sekolah nih Cikgu Sharifah Rafeah, cikgu kelas gua Tingkatan 3 tahun 1997, Pengetua time tuh, Cikgu Ibrahim Rawal, Cikgu Maths Tingkatan 3 gua yang kuat cubit, Cikgu Rokiah, Cikgu KH gua dengan misainya, nama gua lupa.

Teman2 kat sekolah nih yang gua ingat lagi, Fakhrur Reza, Adi Khirman, Farez, Syarizal (dulu die nih comel jer), Ramunan, Nizam Kadir, n semua teman2 kelas 1 KH 1, 2 KH 1 n 3 KH 3 yang gua tak sebut nama, bukan tanda gua dah lupa kan korang, Cuma gua tak mampu nak ingat suma nama. Jasa kalian tetap gua kenang.

Tahun 1998-1999, gua berpindah ke SMK Dato’ Sri Amar DiRaja, Muar. Sekolah yang mengajar gua jadi jahat.hahah.Kelas terakhir gua Tingkatan 5 Elit. Zaman nih yang paling best waktu alam persekolahan nih, zaman yang paling banyak gua kena rotan. Walaupun gua kira budak baru kat sini, tapi teman2 sume memang enjoy. Cikgu favourite gua sudah semestinya, cikgu kelas Tingkatan 5 merangkap cikgu Fizik gua, Cikgu Raiha. Walaupun di hujung2 persekolahan, gua ada melawan beliau sikit tapi gua tetap ingat n respek beliau. Cikgu-cikgu lain, cikgu Shukor, Cikgu Zaba, Cikgu Hanafiah, Cikgu Khalid, Cikgu Azman. Teman2 disini masih lagi berhubungan dengan gua. So, gua rasa tak yah ler sebut nama korang.haha..

So, kalau ada sape2 yang mengenali nama2 yang ada tadi, gua harap korang boleh bagi gua contact no. mereka2 nih. Gua memang tengah cari cikgu2 n teman2 gua dulu2.

Read Users' Comments (0)

England World Cup 2018 Campaign Widget

Read Users' Comments (0)