Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Episod 1 - Sejarah Muar

Muar, tanah kelahiran uncle. Lebih dikenali sebagai Bandar Maharani. Tapi, ramai orang panggil Bandar Pencen. Kenapa? Mungkin kerana keadaan Muar yang tenang dan damai. Juga mungkin kerana ramai anak - anak Muar yang sudah pencen kembali semula ke sini. Ada yang suka dengan gelaran nih, tak kurang juga yang tak suka. Tak kira la apa pun panggilannya, Uncle tetap sayang tanah tumpah darah Uncle nih.

Sejarah Muar memang handal. Gah seantero benua. Sejarah Muar bermula sejak dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ada juga yang mengatakan Muar sebahagian dari Kerajaan Majapahit. Ada pendapat mengatakan Parameswara telah membuka penempatan di Pagoh, selepas beliau dihalau dari Temasik dan sebelum beliau menjumpai Melaka. Makam Sultan Alauddin Riayat Shah yang juga merupakan satu - satunya makam Sultan Melaka yang masih ada terletak di Muar. Pada tahun 1511, sewaktu Portugis menyerang Melaka, Sultan Melaka ketika itu telah membina Kubu Bentayan untuk menahan serangan laut tentera Portugis. Zaman Pemerintahan Portugis juga, Kubu Bentayan atau dikenali sebagai Fortaleza De Muar untuk menahan serangan Belanda dan Acheh.

Muar merupakan Bandar Diraja Utara Johor. Muar juga pernah menjadi sebuah negara merdeka yang diperintah oleh Sultan Ali. Selepas berlakunya Perang Saudara Jementah, Muar dikembalikan kepada Kerajaan Johor pada 30 Disember 1879. Nama Bandar Maharani diberi oleh Sultan Abu Bakar pada 1884. Muar masih lagi merupakan bandar pentadbiran kedua terpenting selepas Johor Bahru dan juga masih juga merupakan Bandar Diraja Utara Johor. Bandar Muar telah dibuka oleh Lim Tong Lian, seorang Kapitan Selat Muar, dipanggil Kangchu.

Muar merupakan satu - satunya bandar di Malaysia yang pernah mempunyai sistem keretapinya sendiri dipanggil, Muar State Railways (MSR). Ia beroperasi dari tahun 1889 hingga 1925 menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dengan Sungai Pulai yang jaraknya 22.5 kilometer. Setelah pembukaan Jalan Abdul Rahman serta peningkatan kos operasinya, MSR telah ditamatkan perkhidmatannya setelah 36 tahun.




Read Users' Comments (0)

0 Response to "Episod 1 - Sejarah Muar"

Post a Comment