Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Prakata

Assalamualaikum, Salam Sejahtera Ke Atas Kamu,

Blog Malam ini merupakan blog terbaru dari gua. Sebelum nih gua menulis kat The Fraternity dan Kedai Mesin. Selepas nih gua akan hanya menukilkan pendapat atau pandangan gua terhadap isu2 semasa di dalam The Fraternity. Manakala blog Malam ini akan membicarakan mengenai kisah2 kehidupan gua.

Tiada penceritaan politik atau pun kisah dunia akan gua catatkan dalam blog nih. Sekadar menceritakan persoalan2 kehidupan seharian diri gua. Perjalanan seharian mencari rezeki di bumi bertuah nih. Pertembungan dengan pelbagai susuk tubuh. Pelbagai bangsa dan bahasa yang menjadi rencah, asam garam kehidupan yang sangat pendek nih.

Gua memilih menggunakan Malam sebagai tajuk blog nih kerana malam nih sebagai satu manifestasi sisi hidup gua yang gelap. Hitam. Sesat. Bersesuaian dengan sifat malam itu sendiri yang gelap. Tapi kalau disinari dengan cahaya bulan dan bintang, ia akan menjadi satu saat yang indah. Sejuk dan mempersonakan.

Blog nih khas untuk arwah abah, ALLAHYARHAM ISMAIL BIN MOHAMED dan bonda tersayang, SAMSIAH BTE CHOLAN. Walaupun aku degil dan tidak sebaik seperti yang kalian harapkan, tetapi aku tetap bangga dilahirkan sebagai penyambung keturunan kalian. Terima Kasih Abah, Terima Kasih Mak.

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Prakata"

Post a Comment